Sunday 21 August 2011

Jom Tukar !!




Let's change our habits & follow the Sunnah:

~ Instead of Hello/Hi, say Assalamu 'Alaikum
~ Instead of Thanks, say Jazaak(i/um) Allâh
~ Instead of Bye Bye/Take care, say fi aman Allâh
~ Instead of Wow/Great, say Mashaallah/Subhaan Allâh
~ Instead of okay, say Insha'Allâh
~ Instead of saying I m fine, say Alhamdullillâh


Ada Ke Istilah Cinta Islamik??



Ada seorang sahabat share sesuatu yang buat i terkedu + terkesima + terkebil dan bermacam ter ter seketika. Tapi yang ini mungkin memberi kesan. Jom layan....

Kisahnya mengenai 3 org, C, B dan X. C dan B sama-sama belajar. Beberapa lama kemudian, C jatuh hati pada KECANTIKAN,KEMANISAN,KEJELITAAN,KEAYUAN DAN SEMUA KE**** B... Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Tak boleh bla..HAHHAHA!!!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, C cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada B sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat.

Beberapa tahun berlalu... Akhirnya, apabila C berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, B tewas pada pujuk rayunya.

Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC".HAHAHAHA!!!!! Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, B kena pakai tudung labuh. C pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, C ditakdirkan bertemu dengan X. Ketika itu C dan B sedang bertadarrus di RFC. X tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, X bertanya, "Have you married?". "No.", jawab B. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya X. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab C. X hanya tersenyum mendengar jawapan itu. X pun memulakan ceritanya.

"AKU NI MUALLAF. ASAL DULU AKU KRISTIAN. TINGGAL KAT SINGAPORE. DULU, AKU SUKA SANGAT MAKAN BABI. KALAU SEHARI TAK MAKAN, PENGSAN AKU. PERNAH SEKALI MAK AKU TERLUPA BELI BABI, AKU MASUK WAD MALAM TU. TETAPI, ALHAMDULILLAH, ALLAH BUKA PINTU HATI AKU UNTUK TERIMA HIDAYAH-NYA. BILA AKU MASUK ISLAM, AKU DAPAT TAHU, DALAM ISLAM TAK BOLEH MAKAN BABI. ADUH, PENING KEPALA AKU. MACAM MANA AKU NAK BUAT NI??? SEMINGGU AKU MASUK HOSPITAL LEPAS MASUK ISLAM. KALAU ZAMAN RASULULLAH DULU ADA PERINGKAT-PERINGKAT DIA. TAPI AKU…MANA ADA. JADI, TIME KAT HOSPITAL TU AKU FIKIR. AKHIRNYA, AKU JUMPA SATU JALAN KELUAR. AKU NAK ISLAMKAN BABI TU. AKU BELI SEEKOR ANAK BABI. DARI KECIK AKU JAGA DIA. SEEKOR LALAT PUN AKU TAK BAGI DEKAT. SETIAP JAM AKU MANDIKAN DIA. LEPAS 3 HARI, AKU BISIKKAN KAT TELINGA DIA DUA KALIMAH SYAHADAH. LEPAS TU, TIAP-TIAP HARI AKU BAGI TAZKIRAH KAT BABI TU. ASAL DIA BERAK AKU VACUUM TERUS.
CAMNILAH KEHIDUPAN AKU DAN BABI TU BUAT 2 TAHUN. LEPAS DUA TAHUN, MASA YANG DITUNGGU-TUNGGU TIBA. MASA UNTUK SEMBELIH BABI NI. TENGOK-TENGOK BABI NI TAKDE LEHER. TAPI, LANTAKLAH. AKU TIBAI JE SEBAB DAH 2 TAHUN TAK MAKAN BABI NI. LEPAS TU, AKU PUN MASAK LA BAKUT TEH. TENGAH-TENGAH MAKAN, NAMPAK SEORANG USTAZ TENGAH JALAN-JALAN. MUKA MACAM LAPAR JE. AKU PUN AJAK LA DIA MAKAN. USTAZ!!! JOM MAKAN. BABI ISLAM NIH. AGAK-AGAK, APA USTAZ TU JAWAB?”


Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

renung2kan n selamat berpuasa :)


Thursday 18 August 2011

Kucing




Seekor kucing kepunyaan seorang pakar konselor menyusup masuk pasar jualan ikan...dan mencuri seekor ikan tenggiri..

Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar konselor tadi dan bertanya:

"Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk menuntut ganti rugi dari pemiliknya ?"

"Tentu saja!" jawab pakar konselor...

Penjual Ikan bersorak kegembiraan "Bagus... kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya tadi pagi."

Pakar konselor tanpa sepatah kata pun terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut...


Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari peti surat rumahnya.. dia bertemu sekeping surat dari pakar konselor tersebut.... kandungannya: "RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling"



Fakta Atau Auta?




Tahukah anda...?

1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai
paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam
filem LaDolceVita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun
1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.


4. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin
dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan
khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula
dinyanyikan oleh Ricky Martin.

5. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan
Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan
yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh
hanya biasa digunakan room dot dot dot)

6. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah
kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak
sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

7. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi
lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

8. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia
tidak akan diekori lagi.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung
mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa
lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih
aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di
rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,
pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta
kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak
pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

14. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan
sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh
kawan kita.

15. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........
walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.


Pepatah Yang Dipatah






1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....

25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.

31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..

35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...

36. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan dunia.



Wednesday 17 August 2011

Faktor Kegagalan Pelajar Universiti






Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,

Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…

Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!

Hari Minggu

52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum

Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.

Cuti Semester

Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.

Baki tinggal 223.

Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.

Beribadat

Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.

Bermain

Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.

Makan :

Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.

Berborak

Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.

Sakit

Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.

Exam

Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.

Baki tinggal 21 hari.

Refreshing

Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.

Surfing Internet

Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isuhangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.

Jadi baki tinggal 1 hari.



Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!

Hhahahahampeh !





Aku Cepuk Jugak Budak Ni Kang..


anak : mak, apa dalam perut mak tu?
mak : adik hang laa..
anak : mak benci adik ke?
mak : ehhh,mak tak pernah benci anak mak.
anak : dah tu , kenapa mak telan dia?...
mak : kalau aku tampaq hang jangan tanya pasai pa nohh..


didiklah anak2 dengan didikan agama yg sempurna..





Monday 8 August 2011

Tatacara Nak Jawab Telefon



Salam..sebenarnya joke ni dah lapuk tapi disebabkan takde idea yang melampau i update jugak kat sini..takpe yang penting entri i penuh setiap bulan dan yang penting sekali suka hati i..hahaha(gelak seorang blogger yang salah guna blog)..Ok jom layanzzz...
.
.
.
.
.


Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).
.
.
. 1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
. Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
.
. 2. Soalan: haloo, siapa disana?
. Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
.
. 3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
. Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
.
. 4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
. Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
.
. 5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
. Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
.
. 7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
. Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.
.
. 8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
. Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
.
. 9. Soalan: halloo... ...
. Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
.
. 10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
. Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
.
. 11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
. Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.
.
. 12. Soalan: assalammualaikum...
. Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
. jawab)


Suka suki bulan posa.. (^_^)
~SEKIAN~

Sunday 7 August 2011

Blogger yang Tension

As salam..firstly tak tau ape nak cita..totally full updates..otak ligat berfikir,jiwa kaco dan lain2..ahh,tension.!baik takyah blogging cengginih..ni la akibatnya bila terlalu banyak postpone cita (akibat bz yang melampau).last2 tak tau nak mula yang mana dulu.cacamarba pun ada nih..haish,bila dah tension camni mula la pikir yang bukan2 pasal bloggosphere nih..ni account ke-3 i create gara2 tension yg melampau terhadap blog i sebelum ni..huhu.bila  dah takde idea mula lah deactive blog ni serta merta tanpa fikiran yang waras.mujur lappy ni aje yang tak sempat i bakar..ahaks!Ok lah disebabkan takde idea yang timbul2 sampai sekarang ini maka dengan ini blogger yang tension ini mengundur diri dengan tiba2..sekian caucincau ! :p


rasanya mr.bean ni pun tak tension macam i...hukk!

Tuesday 2 August 2011

lawak ikan...hahaa!





A: Suka makan ikan?
B: Suka, kenapa?
A: Ikan apa awak suka?
B: Ikan merah.
A: Siapalah yang siang ikan tu?
B: Biasanya akak saya, kenapa?
A: Saja tanya. Hmm, dia masak apa ikan tu?
B: Selalunya masak asam pedas jer.
A: Oh, time dia masak ikan tu, dia masak sekali kepalanya?
B: Yup. Kenapa?
A: Akak awak masih hidup ke?
B: Masih, kenapa tanya macam tu?
A: Eh, bukankah dia dah goreng kepalanya? kha!kha!
B: Arghhhh...!!!







mana kepala...?? hahaha..

Monday 1 August 2011

Ramadhan Datang Lagi...

Assalamulaikum..kali ini Ramadhan menjelma lagi..tak lama lagi nak raya pulak..(muka bajet tak sabar) hehehe.walaupun hari ni dah masuk hari ke-2 puasa rasa macam terlambat pulak nak wish dan update kat sini.tapi tak kisah la..janji update jugak tuk kenang2an...hehe.lagipun rasa dah lama lak pulak tak update blog usang lagi terbengkalai nih(ish3 sape la owner blog nih).maklum la tak ada masa terluang(konon2)..so hari ke-2 puasa ni rasa macam free la pulak nak update..tapi rasa macam tak ada apa la pulak nak dicoretkan di sini..huhu..erm sungguh cepat rasanya masa berlalu.tak sangka minggu ni genap 3 minggu i kat kluang ni.dan tak sangka jugak tahun ni dah masuk tahun ke-2 i tak sambut puasa kat my home sweet home a.k.a golden sand village..haiyaa,maknanya umi i puasa sorang2 lagi la tahun ni..alahai kesiannya my mom..dengan rumahnya pulak macam tongkang pecah(tengah renovate sekarang ni).macamana agaknya umi berbuka kat rumah ye..sabar la umi tak lama lagi anak2mu semua akan balik dan i pulak insyaAllah next week kot berangkat pulang dari bumi johor ini..tak sabar nak balik kemas rumah even tak tahu berapa percent dah siap rumah tu..tak sabar nak tengok..tapi umi cakap macam tak sempat aje siap raya ni..nampak gaya beraya dalam tongkang pecah la tahun ni..uwaaa!!!tapi takpe la raya tetap raya..sekali-sekala je pun..tapi hope sempat siap la..cepat2 la sikit tukang rumah ooi..ok la,rasa macam takde idea dah ni..kerja rumah pulak bertimbun lagi tak buat ni..huhu..rasa macam nak pen off dah la.nak pegi basuh baju,kemas rumah,mandikan budak kecik ni,mandikan diri then nak siap2 keluar  cari tiket and window shopping with my sis pas zohor nanti..mintak2 la my sis balik awal hari ni.ok la,sempena bulan yang penuh berkat ini i nak amek kesempatan mengucapkan salam ramadhan al-mubarak kepada seluruh umat islam di dunia ini dan marilah kita sama-sama improvekan amal ibadah kita di bulan yang penuh berkat dan murah pahala ini.jangan asyik lalai dengan hal duniawi saja macam blogging/online sepanjang hari or tidur dari sahur sampai buka posa nanti..:p SELAMAT BERPUASA SEMUA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...