Friday, 7 October 2011

Betul Ke Orang Kelantan Jahat..??


‘'Aku benci orang kelantan.yang jantan semua samseng yang pompuan semua ngada ngada. bahasa pulak kasar semacam je..kata alim tapi takde apa pun aku tengok’'

panas juga cuping telinga aku.

ungkapan sepertinya budak tak bersekolah itu di ucapkan oleh seorang teman kepada teman seofisku.

orang KL.

cantik orangnya tapi tak pula berbudi bahasa atau sekurang kurangnya bersopan ketika bertutur.

langsung tak perduli sensitiviti orang.

kalau saja aku ini samseng, biasa biasa saja aku piat telinga si minah tu.

teman aku tu pula, terkulat kulat mendengar teman kl nya itu mengeluarkan pernyataan yang prejudis sebegitu.

jadilah aku bertanya pada si gadis comel tu :

'minta maaf, berapa orang kelantan yang yu dah jumpa dan yu kenal ya?'

'ramai le juga,nape' sombong dia jawab.

'dan kini yu pula berada di kelantan.apakah yang lelaki ini yu tengok sedang bertumbuk di tepi jalan? apakah pula yang perempuan pula sedang berpakaian menjolok mana berpeleseran di tepi jalan?

'ermmm...tak juga' perlahan dia jawab.

'tak juga ke atau tak ada? dan kalau bahasa kami kasar, adakah ai ini sedang kasar bercakap dengan yu? dan kalau ai cakap dalam bahasa pekat kelantan, apakah yu akan faham?' aku tanya lagi.

'takde pula tengok ada orang jahat.yu baik apa.and kalau yu cakap full kelantan tentulah ai tak faham'

tahu pula dia jawab sebegitu.

'minta maaf ya kalau ai cakap. kami orang kelantan sama saja dengan orang negeri lain.ada jahat ada baik. persepsi yu terhadap kami sinikal sangat sebab yu di pengaruhi oleh cerita dan khabar angin saja.yu sendiri cakap tak pula ada orang kelantan buat jahat pada yu tapi kenapa pula boleh yu menilai kami sebegitu?'

dia terkulat kulat.

'orang kelantan tak samseng tapi tak pula penakut ya. dan yang perempuan bukan mengada ngada cuma yang baik itu menjaga sopan santunnya saja. tak ai kata semuanya baik, ada juga yang betul samseng dan ada juga yang betul mengada ngada dan gatal'

'kami sama saja dengan orang negeri lain.so pleaselah jangan pula yu nilai orang kelantan macam macam yang negatif sebelum yu kenal kami secukupnya'

dia kemudian minta maaf dari aku.

dan aku kata padanya :

'yu taklah perlu minta maaf dari ai. yu tak salah. persepsi yu sebab dari pengetahuan yu yang terhad tentang orang kelantan.cuma ai minta, kenalilah apa apa atau siapa siapa dulu sebelum menilai. kalau kami jahat, jahatlah kami, kalau kami baik, baiklah kami'

'eh, yu tau tak, ai suka cara yu bercakap lah. sopan santun sungguh.jarang ai jumpa orang susun ayat bercakap macam yu' katanya.

oh?

adakah dia memuji atau menyindir?

'terima kasih ya ( walau aku tak tahu itu sindiran atau pujian ikhlas ).yang kurang dari ai dan yang lebih itu dari Allah s.w.t'

dia senyum.

ah..

orangnya cantik dan bila dia senyum lagilah cantik.

kemudian kami berpisah.


bukan sekali ini aku terjumpa, orang yang prejudis pada orang kelantan.

hairan ya.

apa kami orang kelantan tak boleh jahat?

tak boleh gatal?

tak boleh mengada-ngada?

semua kena alim?

kena maksum?

semua kena jadi lebai?

semua kena jadi muslimah?

kami orang kelantan adalah komuniti ya.

dan bila sebut komuniti, tentunya ada bermacam ragam dan perangai.

jangan pula kerana seorang dua yang buat tak baik, semua kami jadi tak baik.

aku tak pernah pula kata semua orang kl suka buat maksiat kerana kl itu darul maksiat.

segelintir saja.

kan ada orang kl yang baik baik dan alim?

kenapa pula orang kelantan di label samseng?

kalau perempuan pula di label suka mengurat dan rampas teman lelaki orang?

iya iya.

orang kelantan ada sesuatu yang orang negeri lain tak ada.

apa ya?

semangat asabiyah.

apa tu?

kalau belek buku sejarah, tentu tahu apa itu asabiyah.

ada pada zaman nabi lagi.

semangat untuk menjaga kaum sendiri.

tak mengira kenal atau tidak.

pernah aku lihat sendiri dulu semasa aku sedang belajar di kl.

di sebuah pasaraya, sekumpulan budak budak hip hop ke apa sedang merewang rewang di sana.

buat bising macam monyet jumpa pisang tak dapat ambil.

tiba tiba salah seorangnya terlanggar bahu seorang mamat yang sedang berjalan di situ.

terus di tolaknya dada mamat itu sambil menjerit:

'lu apahal mamat langgar langgar gua? mata lu letak mana?'

sangat samseng walhal si mamat itu bukan sengaja.

mamat tu minta maaf tapi masih lagi si budak hip hop itu bising macam nak bergaduh.

akhirnya mamat tu bersuara :

'hey nate, mung ingat mung dok kl ni aku takot ko? mu nok maghi la so samo so' *hei celaka, kau ingat kau dok kl aku takut? kalau nak marile satu sama satu*

oh?

orang kelantan rupanya.

dengan tiba tiba saja entah dari mana ramailah lelaki lelaki lain datang mengerumuni di sana.

sambil pula bertanya pada mamat itu :

'guano gu? guano gu?' *apsal geng?apsal geng?*

'demo ni kuca demo ko?' *diaorang ni kacau kau ke*

'buke gapo, kawe tok puah ati nge pok pok ni, metto nok mapuh,'*takde apa, aku tak puas hati dengan mereka ni , samseng gile * jawab si mamat tu.

geng hip hop tadi aku lihat macam nak terkucil pula.

ramailah orang kelantan yang mengelilingi mereka.


alih alih si hip hop yang tadinya samseng bukan main lagi minta maaf dengan mamat yang terlanggar dengannya tadi.

aku yang melihat senario itu tersenyum pula di tepi.

senang aku melihat orang sendiri di jaga sebegitu rupa walhal tak pun kenal mereka itu antara satu sama lain.

memadai dengan bahasa yang di guna, sudah ramai yang sudi menolong.

iya iya.

kami orang kelantan memang tersohor dengan lebai dan alimnya.

tak pula tak ada yang jahat.

ramai juga orang kelantan jahat, jahil dan pelbagai lagi yang tak baik.

tak aku nafikan.

inikan persepsi yang di bentuk oleh media massa.

berbelas berpuluh tahun persepsi negatif terhadap orang kelantan di war war dan di gembar gemburkan, taklah boleh aku leraikan prejudis negatif ini dalam satu entri blog pula.

cuma kalau boleh.

kenalilah kami dulu.

tak kenal tak cinta kan?

yang jahat di dalam kami jangan di hina apa salahnya kalau di tegur.

yang baik di dalam kami tak perlu dipuji tapi andai di ambil jadi contoh alangkah baiknya.

segalanya yang kurang dan lemah dari aku, yang lebih itu dari Allah.

amin amin amin...Ya Rabbal alamin...-Sumber fb


Anugerah_Insani : gapo pun perspektif daripada mereka..aku tetap bangga jadi anak kelantan..tak kenal maka tak cinta..So,please don't judge book by it's cover okeeeyyyy... :)

Our respected leader...May Allah give him the blessings of life...Sayang TGNA !!

Koleksi Cerita Lucu (part2)




Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Cerita 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Cerita 3

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Cerita 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..

Cerita 5

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”

Cerita 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

Cerita 7

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

Menantu Bangang




Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...

Taubat






Usin, Mat dan Ali adalah tiga sekawan yang terkenal di kampung mereka kerana pekerjaan mereka yang selalu menyusahkan orang kampung, suka melepak di merata-rata tempat dan aktif dalam mengganggu anak dara orang lain. demi menampung kehidupan mereka, mereka juga menjalankan kegiatan pecah rumah secara sambilan. setakat ini, sudah separuh daripada rumah-rumah di kampung mereka berjaya di'pecah masuk'kan oleh mereka tanpa kantoi walau sedikit pun. rumah yang selalu menjadi mangsa tetap mereka adalah rumah tok ketua. rumah tok ketua selalu menjadi mangsa walaupun tok ketua telah memasang alat penggera keselamatan yang selalu digunakan oleh bintang-bintang hollywood.

pada suatu hari, usin dan mat bertemu di kedai kopi, salah satu 'port' kebiasaan mereka. mereka kelihatan berbincang sesuatu yang amat penting kepada masa depan mereka.

"mat, macammana malam ni? jadi tak?" tanya usin.
"aku no hal...malam ni kena buat gak walau camna sekali pun. duit aku dah kering giler nih" kata mat sambil menghirup kopi suam milik Pak Mail yang duduk di meja sebelah. Pak Mail hanya diam seribu bahasa. "lagipun ko jangan bimbang. memang aku sure yang tokey lim tu bawak balik duit dalam beg james bond dia tu petang semalam. lagipun aku nampak dia kat bank sebelum tu." sambung mat lagi.

"kalu camtu bagus la. lagipun sebenarnya, aku bukan nak sangat pecah rumah tokey lim tu. cuma nak didik dia sikit. apa akibatnya kalau bawak duit yang banyak dari bank tapi tak cover. kan bahaya tu. cover la sikit duit tu..." kata usin dengan tenang sambil menyandar di tiang kedai kopi. "aku nak bagi pengajaran sikit supaya tidak terikut-ikut oleh warga penduduk kampung ini..." sambung usin lagi.

"tapi masalahnya, mana si ali ni? kalu dia takde payah la. aku bukan tau nak pecah rumah ni. tu kepakaran dia. kepakaran aku mengesan barang-barang berharga je.."
"tulah pasal. aku pun bukan reti nak pecah rumah. setakat angkat barang-barang tu pandai la."

setelah lama menunggu ali di kedai kopi tesebut, mereka menjadi bosan dan mengambil keputusan untuk mencari si ali. mereka pun segera beredar dengan menaiki kapcai milik usin dari kedai kopi tersebut sambil dipandang oleh Pak samad, pemilik kedai kopi. "dah dekat seribu ringgit hutang mereka kat aku..." detik hati pak samad. tanpa disedari, air mata pak samad mengalir perlahan di pipinya.

setelah lama round satu kampung, akhirnya mat dan usin terserempak dengan ali yang sedang duduk di bangku bawah pokok.

"laa. kat sini ko rupanye. habis satu kampung kitorang tawaf nak cari ko tau tak? abis 2 ringgit minyak aku. takpe, aku halalkan. so, camna nak pecah rumah malam ni?" ujar si mat dengan bertubi-tubi tanpa mematikan enjin kapcai terlebih dahulu.

"aku TAUBAT." kata ali. ringkas dan bersahaja.

mat dan usin terkejut. tanpa berkata apa-apa, mat terus masuk gear satu dan segera beredar dari situ. mat dan usin akhirnya memberhentikan motosikal di halaman rumah mat. mereka duduk melepak di tangga dan segera berbincang.

"nasib baik kita cepat lari mat, sebelum kita kena dengar ceramah agama si ali tu nanti..."
"tulah pasal usin. keluar je perkataan 'taubat' tu terus aku masuk gear. aku tau mesti dia akan bagi ceramah pas tu.."
"tapi, apsal si ali tu tiba-tiba berubah? sebelum ini ok je. takde tanda-tanda pun.."
"mungkin...si ali tu dah dapat hidayah. dah terbukak hatinya..." kata mat sambil memandang usin.

usin terdiam seketika selepas mendengar kata-kata mat. kemudian dia bersuara, "ali dah berubah. kita bila lagi agaknya? aku sebenarnya tak nak hidup macam ni selama-lamanya. aku nak jugak cari rezeki secara halal..."
"aku pun sama. nak jugak dapat rezeki yang halal. tak nak macam ni selama-lamanya..."

sesi perbincangan usin dan mat sepi seketika. suasana senja yang dihiasi sekawanan burung yang terbang ke sarang masing-masing itu menambahkan lagi mode kesepian mereka. tiba-tiba, usin memecahkan kesepian tersebut..

"baiklah. aku dah buat keputusan. aku nak berubah. aku nak bertaubat. tak nak buat kerja-kerja macam ni lagi. aku nak ikut macam ali. mat, amacam? join aku?"
"of cos. kita semua kan kamcing. " kata mat sambil memegang bahu usin.....


***********

sebelum maghrib, di suatu kawasan dalam kampung kelihatan ali sedang berjalan perlahan-lahan menuju rumah si mat dengan dahi yang berkerut. "jadi ke tak malam ni? tadi beriya-iya ajak aku. tanya aku camna nak pecah rumah malam ni. aku pun kata la aku TAU BUAT. tiba-tiba diorang blah. apa kes ni? tak paham betul aku..??" ngomel ali sendirian.

tiba-tiba ali ternampak usin dan mat yang bersongkok dan berkain pelikat berjalan menuju ke arah surau. ali terkejut melihat keadaan tersebut. hati ali tiba-tiba menjadi sayu..

"nampaknya diorang dah berubah.. sebab tu diorang nampak macam pelik tadi. ish, tak boleh jadi nih. diorang da mula berubah. aku pulak bila? tak kan aku nak terus hidup macam ni lagi? aku nak jugak rasa rezeki halal..." monolog ali sendirian.

dengan pantas, ali berlari pulang ke rumah. setelah mandi dan memakai songkok serta kain pelikat, ali perlahan-lahan berjalan menuju ke surau...

azan maghrib sudah mula berkumandang....

Wednesday, 5 October 2011

Akulah Matahari !




Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"

Orang gila 2 : "Tahu apa?"
 Orang gila 1 :"Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."

Dokter : "Kenapa?"

Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."

Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."

Dokter : "???"

Tuesday, 4 October 2011

Kelebihan Menangis




1. Membantu penglihatan

Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteri semulajadi.

Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali.

Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun.

keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangi stress

Bagaimana menangis mengurangi stres?

Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.

Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial

Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat.

Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan

Semua orang ingin merasa demikian.

Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.

Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

Keluarkanlah masalah di pikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama2 perasaan itu.

Jadi, Anda tidak perlu merasa malu menangis sesekali.

Monday, 3 October 2011

Ditampar Bapa Kerana Ingin Bertudung


Ceritanya bgini...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

KWANG3X.. TEKUN BACA HEH , DARI ATAS .... RELEX LAR BEB .. HEH !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...