Showing posts with label couple itu haram. Show all posts
Showing posts with label couple itu haram. Show all posts

Sunday, 8 January 2012

Sebab ALLAH SWT temukan kita dengan orang yang SALAH....





1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.

Friday, 6 January 2012

Ni antara list hadiah2 yg AI nak dari si dia...hehehe~sweet!


SEJADAH DAN AL-QURAN →Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat
JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu
CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi
GELANG → Tanda mesra
RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian
SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan
KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin
PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu
PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi
MINYAK WANGI → Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan
BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur
BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKLAT → Semanis cintamu
LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan
HANDPHONE → Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup)
MASUK MEMINANG → Tandanya dia serius n betul2 ikhlas mencintai kamu...

P/S:apa pun,yang last tu la yang paling bermakna..hehehe :)





semoga bertemu yang soleh..Amin..





Entah kenapa AI suka sangat statement ni..hehehe~sweet !



PERHATIAN UNTUK WANITA !!

kalau ada yang cuba mengorat anda , katakanlah padanya...

"MAAF!! untuk kali ni, HARAP AWAK FAHAM.
... Saya tak nak kita jadi macam orang lain. SAYA nak BERKAT ALLAH.
BIARLAH AWAK FIKIR SAYA SOMBONG, taknak layan awak!
Cuma kalau satu hari nanti, kalau AWAK RASA SAYA LAYAK JADI IBU KEPADA ANAK-ANAK AWAK,
Jumpalah mak ayah saya. Kita bercinta lepas nikah"

----->jual mahallah cikit..daripada murah maruah...huhuhu

_____
████████████
____
███████████████
__
██████████████████
█████████████████████
_
_________▄▄▄▄_ ▄▄▄▄__
_
__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌__
_
__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌__<---tu mak ayah ada kat dalam
_
__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌__
_
__█████_▀▀▀▀_ ▀▀▀▀ __ ✿★
_
__█████_____________ ___(\\|/)
_____________
██ _____________██

Tuesday, 20 December 2011

Jodoh Tanpa Couple





………(¯`v´¯)
………..`•.¸.•´ ~ TIPS MENCARI JODOH TANPA ”COUPLE” ~

………(●̮̮̃•̃)..(●̮̮̃•̃)
……… /\ /\

❤✫•°*””*°•✫❤✫•°*””*°•✫❤✫•”
”*°•✫❤✫•°*””*° •✫❤

(`’•.¸ “Habis nnt macam mana nak cari isteri?”
bab nak mencari bakal isteri ni apa susah~
berserah sahaja kepada Allah~
bila MASA sudah sampai~ dapatlah~

(`’•.¸ “Bukan kita kena USAHA ke?”
memanglah kena usaha
tak akan saya nak duduk rumah tunggu orang msk meminang pulak kan?
tapi COUPLE is WRONG
baik kumpul duit~ persiapkan diri dgn tanggungjawab~
pergilah meminang seseorang yang berkenan di HATI

(`’•.¸ “Nanti kena REJECT macam mana?”
dah nak REJECT..nak buat apa?
fikir positif lah~ maybe ada yg lebih baik buat kita
Allah kan tahu apa yg terBAIK buat hambaNYA
kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA

(`’•.¸ “Kalau dah berkenan dkt hati macam mana?”
lagi senang kalau mcm tu~ dah cukup duit & persiapan~
teruslah masuk meminang @ lagi best kahwin terus~
tak payah nak berCOUPLE bagai~ buat maksiat sahaje apa guna~
korang nak masuk SYURGA ke NERAKA r?
kalau belum cukup lagi tu~
simpan lah dalam hati~ cuba test berpa lama korang leh suka kat bdk tu?
maybe perasaan korang tu just CRUSH only~

(`’•.¸ “Eleh~ budget ko baik sangat r? Ramai jer yang couple. Boleh jer aku tgk.”
Ye~ Saya tak kata saya baik. Korang yang menilai diri saya ini.
Macam mana korang NILAI or pandang..itu terpulang~
yang penting PANDANGAN Allah terhadap saya nanti bagaimana?
sbb nanti akhirat saya yang kena soal~
kenapa saya tak sedarkan kamu semua?
kenapa saya tak halang or nasihat rakan-rakan saya?
sekarang~ I have DONE my job~
nnt itu antara kamu dan Allah ek~

(`’•.¸ “Mak & ayah restu lah.”
Memanglah mak & ayah restu~
tapi Allah restu ke tak ea?
korang FIKIRlah sendiri~
semua diberi AKAL untuk berfikir
saya yakin korang pandai menilai apa yang baik & buruk
ingat lah~ niat tidak memBENARkan cara~

(`’•.¸ perkahwinan tu satu benda yang SUCI
tapi manusia yang mengotori ikatan ini
oleh sebab terlalu mengukut budaya barat
semua benda yang HARAM pun boleh jd HALAL

(`’•.¸ fikirlah wahai RAKAN
kita ni umat akhir zaman
kiamat tu PASTI
kenapa korang tak SEDAR lagi
or korang tahu just buat2 tak tahu saje?
fikir-fikirkan lah~
Mencari cinta sejati mendamba kasih kasih illahi

Sunday, 21 August 2011

Ada Ke Istilah Cinta Islamik??



Ada seorang sahabat share sesuatu yang buat i terkedu + terkesima + terkebil dan bermacam ter ter seketika. Tapi yang ini mungkin memberi kesan. Jom layan....

Kisahnya mengenai 3 org, C, B dan X. C dan B sama-sama belajar. Beberapa lama kemudian, C jatuh hati pada KECANTIKAN,KEMANISAN,KEJELITAAN,KEAYUAN DAN SEMUA KE**** B... Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Tak boleh bla..HAHHAHA!!!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, C cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada B sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat.

Beberapa tahun berlalu... Akhirnya, apabila C berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, B tewas pada pujuk rayunya.

Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC".HAHAHAHA!!!!! Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, B kena pakai tudung labuh. C pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, C ditakdirkan bertemu dengan X. Ketika itu C dan B sedang bertadarrus di RFC. X tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, X bertanya, "Have you married?". "No.", jawab B. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya X. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab C. X hanya tersenyum mendengar jawapan itu. X pun memulakan ceritanya.

"AKU NI MUALLAF. ASAL DULU AKU KRISTIAN. TINGGAL KAT SINGAPORE. DULU, AKU SUKA SANGAT MAKAN BABI. KALAU SEHARI TAK MAKAN, PENGSAN AKU. PERNAH SEKALI MAK AKU TERLUPA BELI BABI, AKU MASUK WAD MALAM TU. TETAPI, ALHAMDULILLAH, ALLAH BUKA PINTU HATI AKU UNTUK TERIMA HIDAYAH-NYA. BILA AKU MASUK ISLAM, AKU DAPAT TAHU, DALAM ISLAM TAK BOLEH MAKAN BABI. ADUH, PENING KEPALA AKU. MACAM MANA AKU NAK BUAT NI??? SEMINGGU AKU MASUK HOSPITAL LEPAS MASUK ISLAM. KALAU ZAMAN RASULULLAH DULU ADA PERINGKAT-PERINGKAT DIA. TAPI AKU…MANA ADA. JADI, TIME KAT HOSPITAL TU AKU FIKIR. AKHIRNYA, AKU JUMPA SATU JALAN KELUAR. AKU NAK ISLAMKAN BABI TU. AKU BELI SEEKOR ANAK BABI. DARI KECIK AKU JAGA DIA. SEEKOR LALAT PUN AKU TAK BAGI DEKAT. SETIAP JAM AKU MANDIKAN DIA. LEPAS 3 HARI, AKU BISIKKAN KAT TELINGA DIA DUA KALIMAH SYAHADAH. LEPAS TU, TIAP-TIAP HARI AKU BAGI TAZKIRAH KAT BABI TU. ASAL DIA BERAK AKU VACUUM TERUS.
CAMNILAH KEHIDUPAN AKU DAN BABI TU BUAT 2 TAHUN. LEPAS DUA TAHUN, MASA YANG DITUNGGU-TUNGGU TIBA. MASA UNTUK SEMBELIH BABI NI. TENGOK-TENGOK BABI NI TAKDE LEHER. TAPI, LANTAKLAH. AKU TIBAI JE SEBAB DAH 2 TAHUN TAK MAKAN BABI NI. LEPAS TU, AKU PUN MASAK LA BAKUT TEH. TENGAH-TENGAH MAKAN, NAMPAK SEORANG USTAZ TENGAH JALAN-JALAN. MUKA MACAM LAPAR JE. AKU PUN AJAK LA DIA MAKAN. USTAZ!!! JOM MAKAN. BABI ISLAM NIH. AGAK-AGAK, APA USTAZ TU JAWAB?”


Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

renung2kan n selamat berpuasa :)


Monday, 25 July 2011

Tips Bercinta Secara Islami






1. Jangan berduaan dengan pasangan di tempat sepi, kecuali ditemani mahram dari sang wanita (jadi bertiga)
-
“Janganlah seorang laki-laki berkhalwat (berduaan) dengan seorang wanita kecuali bersama mahromnya…”[HR Bukhori: 3006,523, Muslim 1341, Lihat Mausu'ah Al Manahi Asy Syari'ah 2/102]
-
“Tidaklah seorang lelaki bersepi-sepian (berduaan) dengan seorang perempuan melainkan setan yang ketiganya“ (HSR.Tirmidzi)
-
2. Jangan pergi dengan pasanganlebih dari sehari semalam kecuali si wanita ditemani mahramnya
-
“Tidak halal bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir untuk bepergian sehari semalam tidak bersama mahramnya.” [HR Bukhori: 1088, Muslim 1339]
-
3. Jangan berjalan-jalan dengan pasangan ke tempat yang jauh kecuali si wanita ditemani mahramnya
-
“…..jangan keluar dengan wanita kecuali bersama mahramnya….”[HR Bukhori: 3006,523, Muslim 1341]








-
4. Jangan bersentuhan dengan pasangan, jangan berpelukan, jangan meraba, jangan mencium, bahkan bersalam tangan juga tidak boleh, apalagi yang lebih dari sekadar bersalaman tangan.
-
“Seandainya kepala seseorang di tusuk dengan jarum dari besi itu lebih baik dari pada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadits hasan riwayat Thobroni dalam Al-Mu’jam Kabir 20/174/386 dan Rauyani dalam Musnad: 1283, lihat Ash Shohihah 1/447/226)
-
Bersabda Rasulullahi Shallallahu ‘alaihi wassallam: “Sesungguhnya saya tidak berjabat tangan dengan wanita.” [HR Malik 2/982, Nasa'i 7/149, Tirmidzi 1597, Ibnu Majah 2874, ahmad 6/357, dll]
-
5. Jangan memandang aurat pasangan, masing-masing harus memakai pakaian yang menutupi auratnya
-
“Katakanlah kepada orang-orang beriman laki-laki hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya..” (Al Qur’an Surat An Nur ayat 30)
-
“…zina kedua matanya adalah memandang….” (H.R. Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Nasa’i)
-
6. Jangan membicarakan/melakukan hal-hal yang membuat terjerumus kedalam zina
-
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang jelek” (Al Qur’an Surat Al Isra 32)
-
“Kedua tangan berzina dan zinanya adalah meraba, kedua kaki berzina dan zinanya adalah melangkah, dan mulut berzina dan zinanya adalah mencium.” (H.R. Muslim dan Abu Dawud)
-
7. Jangan menunda-nunda perkahwinan sekiranya masing-masing sudah mampu.
-
“Wahai para pemuda ! Barangsiapa diantara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, karena nikah itu lebih menundukan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa (shaum), karena shaum itu dapat membentengi dirinya”. (Hadits Shahih Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi).
-
“Yang paling banyak menjerumuskan manusia ke-dalam neraka adalah mulut dan kemaluan.” (H.R. Turmudzi dan dia berkata hadits ini sahih.)
-
WARNING:
-
sebenarnya banyak ulama dan ustadz yang mengharamkan pacaran, misalnya saja ustadz Muhammad Umar as Sewed. jadi sebaiknya segera menikahlah dan jangan berpacaran…
-
sebuah syair mengatakan:
-
kadang peristiwa besar bermula dari hal-hal kecil
permulaannya memandang, lalu tersenyum, kemudian menyapa, lalu berborak, lantas berjanjian, kemudian bersentuhan, dan akhirnya berzina
-
Bagi yang sudah terlanjur berbuat dosa maka bertaubatlah dan jangan putus asa, Allah pasti mengampuni hambanya yang bertaubat dan memohon ampun..wallauhalam..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...